Terma Rujukan Suruhanjaya_Siasatan_Diraja_siasat_pendatang_asing_Sabah_2012

Terdapat 8 terma rujukan:[7][8]

  1. Untuk menyiasat bilangan warga asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kerakyatan Malaysia;
  2. Untuk menyiasat sekiranya pemberian kad pengenalan atau kewarganegaraan mengikut undang-undang;
  3. Untuk menyiasat sekiranya mereka diberikan kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara atau kerakyatan melalui cara yang menyalahi undang-undang dan telah didaftar sebagai pemilih di Sabah;
  4. Untuk menyiasat jika pihak berkuasa telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat penambahbaikan kepada prosedur operasi standard (SOP), kaedah dan peraturan-peraturan untuk mencegah sebarang penyelewengan berdasarkan undang-undang;
  5. Untuk menjalankan siasatan yang lebih mendalam ke dalam SOP, kaedah dan peraturan-peraturan mengenai penganugerahan kad pengenalan biru atau kerakyatan kepada warga asing di Sabah dengan mengambil kira pertimbangan norma-norma dan piawaian antarabangsa yang terpakai di Malaysia, dan mencadangkan pindaan atau perubahan untuk memperbaiki amalan semasa;
  6. Untuk menyiasat sebab-sebab di sebalik pertumbuhan penduduk Sabah mengikut kategori berikut:
    • rakyat Sabah yang tinggal di negeri ini, termasuk individu yang diberikan kad pengenalan biru atau kerakyatan melalui sijil kelahiran (pendaftaran lewat);
    • pekerja asing (termasuk ahli keluarga);
    • pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga);
    • orang berhijrah; dan untuk mengkaji kesannya terhadap bilangan mereka yang berdaftar dalam daftar pemilih;
  7. Untuk menyiasat implikasi sosial kepada masyarakat Sabah berikutan penganugerahan kad pengenalan biru atau kerakyatan kepada orang asing di negeri ini;
  8. Untuk menyiasat bilangan rakyat tiada negara di Sabah yang diberikan kerakyatan atau kad pengenalan biru.

Rujukan

WikiPedia: Suruhanjaya_Siasatan_Diraja_siasat_pendatang_asing_Sabah_2012 http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObn... http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=... http://m.malaysiakini.com/news/199694 http://www.malaysiakini.com/news/227757 http://www.theborneopost.com/2012/08/12/rci-on-ill... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6... http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/6...